KEMPEN WAQAF KOLEKSI BUKU TULISAN JAWI
KEMPEN WAQAF KOLEKSI BUKU TULISAN JAWI Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) mengalu-alukan warga untuk mewaqaf koleksi buku dan artikel dalam tulisan Jawi.
Pembangunan koleksi Jawi di Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) bertujuan memelihara tradisi keilmuan dan kesenian bangsa Melayu.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:
إِذَا مَاتَ الْإِنْسَانُ انْقَطَعَ عَنْهُ عَمَلُهُ إِلَّا مِنْ ثَلَاثَةٍ: إِلَّا مِنْ صَدَقَةٍ جَارِيَةٍ، أَوْ عِلْمٍ يُنْتَفَعُ بِهِ، أَوْ وَلَدٍ صَالِحٍ يَدْعُو لَه
“Apabila seorang anak Adam mati, putuslah amalnya kecuali tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain serta anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadis Riwayat Muslim).
Penyerahan bahan Jawi boleh dilakukan seperti berikut:
📖 Bahan hendaklah dalam keadaan baik dan tidak rosak.
📖 Bahan dalam format bercetak sahaja.
📖 Tahun penerbitan adalah terbuka.
📖 Tempoh penyerahan adalah sepanjang masa.
📖 Lokasi penyerahan di setiap lokasi PTAR yang berhampiran.
Sila hubungi Bahagian Korporat & Kolaborasi, PTAR di talian 03-5544 3727/ 03-5521 1704 atau e-mel korporatptar@uitm.edu.my untuk maklumat lanjut.
Sekian, terima kasih.


Comments
Post a Comment