SUMBANGAN UNTUK PROGRAM FOOD BANK FOR YOU @PTAR
SUMBANGAN UNTUK PROGRAM FOOD BANK FOR YOU @PTAR
Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam dengan kerjasama Persatuan Perpustakaan UiTM (PUTRA) akan menggerakkan inisiatif FoodBankForYou@PTAR. Fokus utama program ini adalah membantu golongan para pelajar yang kurang berkemampuan untuk mendapatkan akses bekalan makanan bagi meringankan kos sara hidup, mengurangkan perbelanjaan selain menjaga kebajikan.
2. Sehubungan itu, pihak kami amat berbesar hati dan mengalu-alukan sumbangan tuan/puan untuk FoodBankForYou@PTAR. Sumbangan tuan/puan boleh disalurkan melalui serahan makanan dan minuman atau wang tunai seperti butiran berikut:
- Persatuan Perpustakaan UiTM (PUTRA)
- Nombor akaun: 1051 4000 8841 (Bank Affin)
- Rujukan: FoodBankForYou@PTAR
3. Mohon emailkan resit bayaran kepada badle823@uitm.edu.my untuk rujukan pihak kami. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh berhubung dengan Encik Badle Shah bin Yahaya, Ketua Pembantu Pustakawan di talian 03-5544 3703.
Semoga sedikit sumbangan daripada tuan/puan akan memberikan manfaat yang besar kepada yang memerlukannya.
Terima kasih.


Comments
Post a Comment