SOAL SELIDIK KEPUASAN HATI WARGA UITM TERHADAP PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA
SOAL SELIDIK KEPUASAN HATI WARGA UITM TERHADAP PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk. 2. Pihak Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam sedang menjalankan kajian soal selidik kepuasan hati pelanggan terhadap kemudahan dan perkhidmatan Perpustakaan UiTM. Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap kepuasan warga UiTM terhadap kemudahan dan penyampaian perkhidmatan yang disediakan. 3. Maklumbalas dan input yang diberikan akan digunakan sebagai panduan dalam penambahbaikan perkhidmatan perpustakaan. Kajian ini akan dijalankan bermula 17 Julai 2023 sehingga 16 Oktober 2023. Portal : https://mykm.uitm.edu.my/ Mobile Apps: https://mobileptar.uitm.edu.my 4. Sukacita sekiranya YBhg. Tan Sri/Puan Sri/Dato' Sri/Datin Sri/Dato'/Datuk/Datin/Prof./Tuan/Puan dapat melengkapkan soal selidik tersebut. Segala kerjasama yang diberikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekian.


Comments
Post a Comment