TABUNG SUMBANGAN DERMA TUNAI KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN: KEMPEN JOM MENDERMA RM1.00
TABUNG SUMBANGAN DERMA TUNAI KEMUDAHAN PERPUSTAKAAN: KEMPEN JOM MENDERMA RM1.00
Dengan hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) mengalu-alukan semua warga universiti dan komuniti bersama-sama menyokong Kempen Jom Menderma serendah RM1.00 kepada Tabung Sumbangan Derma Tunai Kemudahan Perpustakaan.
Setiap sumbangan derma tunai ini layak untuk mendapatkan potongan cukai sebagaimana telah diperuntukan di bawah subseksyen 44(8) Akta Cukai Pendapatan 1967 Hadiah Untuk Kemudahan Perpustakaan.
🎯 Tujuan utama tabung ini adalah:
Membiayai pembelian buku, meja, kerusi, rak buku dan kemudahan-kemudahan lain bagi kegunaan pengguna perpustakaan.
💰 Sumbangan boleh dibuat melalui 3 kaedah iaitu:
i) 📋 Pemotongan Gaji bagi staf UiTM:
https://myfinancialsso.uitm.edu.my/fineportal/login
ii) 📲 Giving@UiTM bagi staf UiTM dan orang luar:
https://uitmpay.uitm.edu.my/giving/products?site-search=perpustakaan&site-search-submit=
iii) 💲Transaksi Atas Talian:
Nama Bank: Bank Islam Malaysia Berhad
Nama Akaun: UITM-UKZ6AA
No. Akaun: 12177010005687
Rujukan Transaksi: Tabung Sumbangan Kemudahan Perpustakaan
PTAR ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang yang telah menyumbang kepada kemudahan perpustakaan dan menyokong Kempen Jom Menderma Serendah RM1.00. Hanya Allah SWT yang dapat membalas jasa baik para penyumbang dan sentiasa dikurniakan rezeki yang tidak pernah putus.
Semoga segala kebaikan yang kita lakukan hari ini akan mendapat keberkatan pada masa akan datang.
Sekian, terima kasih.
Comments
Post a Comment