Program Live@PTAR Segmen Bicara Buku -Southeast Asian Martial Arts : A Unique and Complex Cultural Phenomenon
Program Live@PTAR Segmen Bicara Buku -Southeast Asian Martial Arts : A Unique and Complex Cultural Phenomenon
Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) Sains & Teknologi bersama Fakulti Sains Sukan & Rekreasi (FSR) UiTM Shah Alam telah menganjurkan Program Live@PTAR Segmen Bicara Buku – Southeast Asian Martial Arts : A Unique and Complex Cultural Phenomenon pada 1 Jun 2022 (Rabu) jam 11 pagi hingga 12 tengah hari melalui platform Youtube dan Facebook Perpustakaan UiTM.
Program ini merupakan salah satu program Read@UiTM berperanan untuk memupuk budaya membaca di kalangan pelajar, pensyarah dan pentadbir. Program ilmiah ini dikongsikan oleh panel jemputan iaitu Prof Madya Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie yang merupakan Timbalan Dekan Penyelidikan, Jaringan & Industri dan dibantu oleh moderator Pn. Jamiaton Kusrin, Pensyarah Kanan. Masing-masing adalah daripada Fakulti Sains Sukan & Rekreasi, UiTM Shah Alam.
Sesi ini berkongsi mengenai hasil kajian penyelidikan UiTM dan UNESCO yang diketuai oleh Prof Madya Dr. Mohamad Nizam Mohamed Shapie (Malaysia) dan rakan-rakan penyelidik dari Filipina, Indonesia dan Singapura yang telah dibukukan di laman web rasmi ICM UNESCO iaitu : http://unescoicm.org/eng/library/bookreport.php...
Link Buletin Iqra PTAR : https://library.uitm.edu.my/.../program-liveptar-segmen.../
Untuk sebarang pertanyaan bolehlah hubungi Pustakawan kami
norhafizah9101@uitm.edu.my atau Chat With Librarian : https://ptar.uitm.edu.my/libchat/
.png)




Comments
Post a Comment